UCAPAN PENASIHAT
- buletin bu4na
- Feb 4, 2021
- 2 min read
Updated: Mar 17, 2021

بسم الله الرحمن الرحيم
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Salam sejahtera dan salam SKBUD4 terbilang.
Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa syukur kerana diberikan kesempatan untuk mencoretkan sepatah dua kata untuk Buletin Bu4na. Sekalung tahniah kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Bandar Utama Damansara (4), (SKBUD4) khususnya sidang redaksi atas kejayaan menerbitkan julung kalinya Buletin Bu4na.
Dunia pendidikan pada hari ini bergerak dengan sangat pantas. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 merupakan hala tuju pendidikan Malaysia yang menuntut seluruh warga pendidik khususnya di SKBUD4 untuk mengaplikasikan strategi lautan biru agar terus berdaya saing dan mencapai VISI yang telah ditetapkan .
Sekolah Bandar Utama Damansara (4) menjadi antara lima buah sekolah terbaik di daerah Petaling Utama menjelang tahun 2023 . Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) guru dan murid SKBUD4 juga telahterkesan disebabkan oleh pandemik COVID-19. Semua guru menjalankan pengajaran dan murid menjalani pembelajaran sama ada secara atas talian, luar talian atau pun off-site. Pengetahuan dan penguasaan dalam teknologi komunikasi maklumat dan intervensi yang terbaik agar PdP dapat dilaksanakan secara optimum.
Pemilihan SKBUD4 dalam Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 5 menuntut agar sekolah ini berada pada satu tahap yang tersendiri dan ini seiring dengan visi yang telah ditetapkan. Ibu bapa, masyarakat, pemimpin setempat, badan kerajaan dan bukan kerajaan mesti memainkan peranan dalam memastikan kecemerlangan murid serta sekolah dapat dicapai. Kecemerlangan murid bukan hanya diukur dalam kurikulum tetapi juga mencakupi pembangunan sahsiah dan pencapaian kokurikulum.
Bu4na yang merupakan buletin sekolah adalah medium yang akan memaparkan kegiatan PdP, aktiviti serta pencapaian yang diperolehi. Semoga setiap coretan dan gambar yang dimuatkan menjadi kenangan terindah kepada seluruh warga sekolah. Adalah menjadi harapan saya agar Bu4na dapat di terbitkan seperti yang telah dirancang dan terus serta relevan selagi SKBUD4 masih wujud.
Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan tahniah diatas penerbitan Buletin Bu4na dan kepada para pembaca semoga beroleh manfaat yang sangat berguna.
Saya memetik kata-kata bijak pandai HAMKA ;
Semangat yang lemah buanglah jauh,
Jiwa yang kecil segera besarkan,
Yakin percaya iman pun teguh,
Masa hadapan penuh harapan.
Sekian, terima kasih.
EN.RAZWAN BIN MOHD ZIN
GURU BESAR SK. BANDAR UTAMA DAMANSARA(4)
Comments