top of page
Search

TERBITAN PERTAMA BULETIN BU4NA SKBUD4



بسم الله الرحمن الرحيم

‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

Bersyukurke hadrat ilahi dengan izin dan limpah kurniaNya dapat kita saksikan sebuah penerbitan yang julung kalinya menjadi kebanggaan warga SK Bandar Utama Damansara 4, Buletin Bu4na edisi sulung. Sekalung penghargaan, penghormatan serta tahniah kepada Team Sidang Redaksi di atas berkat usaha dalam menyiapkan wadah yang cukup bermakna bagi seluruh warga SKBUD4. Buletin Bu4na akan menjadi medium bagi murid menyerlahkan bakat mereka yang terpendam lama. Buletin ini akan mengarap coretan suka-duka para guru dan murid untuk dijadikan kenang-kenangan dimasa akan datang.Penghasilan Buletin Bu4na bukan sahaja merekodkan hari-hari di SKBUD4, bahkan merakamkan kecemerlangan sekolah dalam pelbagai sudut, baik kurikulum mahu pun kokurikulum.

Oleh itu, kejayaan demi kejayaan yang telah ditempa oleh murid SKBUD4 turutdimuatkan untuk tatapan semua. Buletin ini turut memaparkan rentetan yang berlaku di SKBUD4 pada tahun yang cukup mencabar ini.Sebagai Ketua Editor Buletin Bu4na, saya mewakili Team Sidang Redaksi ingin memohon maaf jika terdapat kelemahan dan kekurangan dalam penghasilan buletin ini, ampun maaf dipinta. Sesungguhnya segala yang baik datangnya daripada Allah dan yang sebaliknya datang dari kelemahan diri saya sendiri. Sedaya upayanya, kami akan memerahkudrat agar Bu4na akan tetap tersemat di hati warga SKBUD4.Semoga dengan penghasilan Bu4na, semua kenangan dan memori indah bersama SKBUD4 dapat dipotretkan untuk tatapan masa yang akandatang.

Sekian, terima kasih.



 
 
 

Comments


Subscribe Form

Thanks for submitting!

0377289730

SK. Bandar Utama Damansara (4),47800 Petaling Jaya Selangor

  • Facebook
  • Instagram

©2021 by Buletin Bu4na SKBUD4. Proudly created with Wix.com

bottom of page